Jumaat, 14 September 2012

pengalaman kereta mati tiba2..


kejadian ni berlaku pada hr jumaat minggu lpas.. hr jumaat abis skolah pkul 12.10 tghr.. sebaik saje kluar dr pagar skolah terus ke rumah dulu sbb nk amik brg tertinggal utk diberi kpd guru tadika amir.. lepas amik brg tu singgah ke skolah amna utk jemput dia.. ksian amna tunggu lame.. pastu terus amik amir d tadika & sara d taska.. dlm perjalanan balik, amna & amir sibuk duk mintak aiskrim.. singgah pulak kedai runcit nk beli aiskrim.. pastu terus gerak balik ke rumah..

nk dijadikan cerite, tetiba je keter mati.. bateri abis kot.. mujurlah ade dlm 150m je lg nk sampai umah.. apelagi, park keter kt tepi jln tu & jln kaki jer blik umah dgn amna, amir & sara.. tgh panas terik tuu.. beg2 skolah & beg pakaian sara tinggal jer.. kaum lelaki kt taman tu jalan kaki nk ke masjid utk solat jumaat, kitaorg jln kaki nk balik ke rumah.. mesti diaorg pelik.. hehehe..

suami jnji dgn org yg nk towing keter jam 9.30mlm.. pd sebelah mlm plak ade jemputan jamuan raya tadika amir, taska sara & kafa amna.. so, kitaorg cepat2 la mkn sbb nk ikut towing smpai ke pusat servis.. nnti sok diaorg buatlah bedah siasat tu.


hasil drpd bedah siasat tu baru lah tau kerosakan ape.. bukannyer keter xder bateri tp fuel pump yg rosak.. byk juga kena byr tu..pengajaran yg diperolehi dr kejadian ni ialah sntiasa pastikan tangki myk penuh @ 3/4 penuh.. xtau la nape..

Selasa, 14 Ogos 2012

biskut raya 2012~biskut nestum crunchy


inilah rupa ialah biskut raya #4 thn ini.. biskut nestum crunchy versi sy..


resipi ni sy ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan juga.. antara bahan2 yg digunakan ialah..


bahan2 yg digunakan mengikut sukatan:

260g mentega *sy gune buttercup jer..
120g gula aising
250g tepung gndum } diayak bersama
130g tepung jagung }
60g serbuk badam
40g nestum - dikisar
1camca teh esen vanilla
kuning telur - utk lekatkan gula hiasan
gula hiasan secukupnya

utk cara membuatnya pula :

putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam dan nestum. uli hingga jadi doh..


canai 1/2 cm tebalnya dan terap guna acuan kegemaran.. alih dalam dulang pembakar.. buat hingga siap.. sapu kuning telur & tabur gula hiasan..


bakar dalam oven yg telah dipanaskan pd suhu 175 C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.. biarkan suam sekejap atas dulang pembakar.. alih atas jaringan dan bila dh betul2 sejuk simpan dalam bekas kedap udara..


selamat mencuba..

Jumaat, 10 Ogos 2012

biskut raya 2012~biskut cornflakes rangup


skrg kita terus ke biskut raya #3 plak utk thn ini.. rase mcm nk buat biskut cornflakes jer.. cari punya cari resipi terberkenan yg ni.. BISKUT CORNFLAKES RANGUP..



sy ambil resipi dr blog Sinar Kehidupanku.. ini antara bahan2 yg digunakan..



bahan mengikut sukan sebenar ialah :

250g mentega *sy biasa dgn buttercup
3/4 cawan gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 biji kuning telur
250g cornflakes *diramas sedikit
2 cawan tepung naik sendiri
mangkuk kertas secukupnya
ceri merah & hijau yg dihiris *sy gune coklat urai

utk membuatnya pula :


mula2 pukul mentega & gula aising hingga sebati..
setelah sebati, masukkan telur & pukul lagi.. masukkan pula esen vanilla..
masukkan tepung naik sendiri & cornflakes yg diramas td.. gaul sebati guna senduk kayu pula..




dgn menggunakan sudu, sudukan ke dalam mangkuk kertas.. hiaskan dgn coklat urai..





bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20minit..
biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara..

Sabtu, 28 Julai 2012

biskut raya 2012~biskut badam rangup



ini merupakan biskut raya #2 sy utk thn ini.. dgn tajuknya BISKUT BADAM RANGUP.. tarraaaa...



resipi ni sy ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan.. ini antara bahan2 yg sy digunakan..


manakala sukatan sebenarnya ialah :

150g mentega *sy biasa dgn buttercup
100g gula aising
1 biji telur gred A *yg sy guna tu xtau la gred ape, xprasan plak..
1/2 camca teh esen vanilla
100g tepung gandum }
100g tepung kastard  }  disatukan & diayak
75g tepung jagung     }
50g serbuk badam
50g tepung gandum * utk extra
kuning telur - utk hiasan
badam cincang secukupnya

cara membuatnya pula :

pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.. masukkan telur & esen vanilla.. terus pukul hingga gebu..
gaul serbuk badam bersama tepung yg diayak td.. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega.. gunakan kelajuan perlahan.. jika adunan lembik, masukkan tepung extra 50g hingga adunan tidak melekit.. biarkan sekejap adunan..


ambil 1/3 doh tadi & canai 1/2 cm tebalnya.. terapkan dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar.. sapu kuning telur dan tabur badam cincang serta gula hiasan.. tekan sedikit agar badam & gula hiasan melekat..


seterusnya pula bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 15-20 minit.. sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


bolehlah kiranya utk dicuba sndiri..

biskut raya 2012~biskut chocolate rich


salam ramadhan 1433 hijrah semua.. pd thn ini sy telah berazam utk buat biskut raya sendiri.. harap2 ianya dpt jd kenyataan.. di awal ramadhan ini, sy bersemangat nk buat biskut raya pertama sy.. maka terhasil lah BISKUT CHOCOLATE RICH..




resipi ni sy ambil dr blog Dari Dapur CT.. antara bahan2 yg digunakan ialah..


sukatan sebenarnya ialah :

250g mentega *sy gune buttercup
140g gula halus
2biji kuning telur
450g tepung gandum } diayak bersama
50g serbuk koko       }
50g serbuk badam
2 camca teh esen vanilla
pelangi urai *utk hiasan
putih telur *utk lekatkan pelangi urai

cara membuatnya :

pukul mentega dan gula hingga kembang.. masukkan kuning telur & esen vanilla..
masukkan serbuk badam, serkuk koko & pukul hingga adunan menjadi lembut..
masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit & uli adunan..



terapkan dengan acuan kegemaran.. sapu putih telur atas biskut.. tabur pelangi urai di atasnya..




bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga masak.. setelah masak, sejukkan & masukkan ke dalam bekas kedap udara..




ringkas jer kan? ok, bagi sesiapa yang berkenan nk buat biskut ni. boleh lah mencuba..