Jumaat, 10 Ogos 2012

biskut raya 2012~biskut cornflakes rangup


skrg kita terus ke biskut raya #3 plak utk thn ini.. rase mcm nk buat biskut cornflakes jer.. cari punya cari resipi terberkenan yg ni.. BISKUT CORNFLAKES RANGUP..



sy ambil resipi dr blog Sinar Kehidupanku.. ini antara bahan2 yg digunakan..



bahan mengikut sukan sebenar ialah :

250g mentega *sy biasa dgn buttercup
3/4 cawan gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 biji kuning telur
250g cornflakes *diramas sedikit
2 cawan tepung naik sendiri
mangkuk kertas secukupnya
ceri merah & hijau yg dihiris *sy gune coklat urai

utk membuatnya pula :


mula2 pukul mentega & gula aising hingga sebati..
setelah sebati, masukkan telur & pukul lagi.. masukkan pula esen vanilla..
masukkan tepung naik sendiri & cornflakes yg diramas td.. gaul sebati guna senduk kayu pula..




dgn menggunakan sudu, sudukan ke dalam mangkuk kertas.. hiaskan dgn coklat urai..





bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20minit..
biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan