Sabtu, 28 Julai 2012

biskut raya 2012~biskut badam rangup



ini merupakan biskut raya #2 sy utk thn ini.. dgn tajuknya BISKUT BADAM RANGUP.. tarraaaa...



resipi ni sy ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan.. ini antara bahan2 yg sy digunakan..


manakala sukatan sebenarnya ialah :

150g mentega *sy biasa dgn buttercup
100g gula aising
1 biji telur gred A *yg sy guna tu xtau la gred ape, xprasan plak..
1/2 camca teh esen vanilla
100g tepung gandum }
100g tepung kastard  }  disatukan & diayak
75g tepung jagung     }
50g serbuk badam
50g tepung gandum * utk extra
kuning telur - utk hiasan
badam cincang secukupnya

cara membuatnya pula :

pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.. masukkan telur & esen vanilla.. terus pukul hingga gebu..
gaul serbuk badam bersama tepung yg diayak td.. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega.. gunakan kelajuan perlahan.. jika adunan lembik, masukkan tepung extra 50g hingga adunan tidak melekit.. biarkan sekejap adunan..


ambil 1/3 doh tadi & canai 1/2 cm tebalnya.. terapkan dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar.. sapu kuning telur dan tabur badam cincang serta gula hiasan.. tekan sedikit agar badam & gula hiasan melekat..


seterusnya pula bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 15-20 minit.. sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


bolehlah kiranya utk dicuba sndiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan