Sabtu, 28 Julai 2012

biskut raya 2012~biskut chocolate rich


salam ramadhan 1433 hijrah semua.. pd thn ini sy telah berazam utk buat biskut raya sendiri.. harap2 ianya dpt jd kenyataan.. di awal ramadhan ini, sy bersemangat nk buat biskut raya pertama sy.. maka terhasil lah BISKUT CHOCOLATE RICH..




resipi ni sy ambil dr blog Dari Dapur CT.. antara bahan2 yg digunakan ialah..


sukatan sebenarnya ialah :

250g mentega *sy gune buttercup
140g gula halus
2biji kuning telur
450g tepung gandum } diayak bersama
50g serbuk koko       }
50g serbuk badam
2 camca teh esen vanilla
pelangi urai *utk hiasan
putih telur *utk lekatkan pelangi urai

cara membuatnya :

pukul mentega dan gula hingga kembang.. masukkan kuning telur & esen vanilla..
masukkan serbuk badam, serkuk koko & pukul hingga adunan menjadi lembut..
masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit & uli adunan..



terapkan dengan acuan kegemaran.. sapu putih telur atas biskut.. tabur pelangi urai di atasnya..




bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga masak.. setelah masak, sejukkan & masukkan ke dalam bekas kedap udara..




ringkas jer kan? ok, bagi sesiapa yang berkenan nk buat biskut ni. boleh lah mencuba..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan