Selasa, 14 Ogos 2012

biskut raya 2012~biskut nestum crunchy


inilah rupa ialah biskut raya #4 thn ini.. biskut nestum crunchy versi sy..


resipi ni sy ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan juga.. antara bahan2 yg digunakan ialah..


bahan2 yg digunakan mengikut sukatan:

260g mentega *sy gune buttercup jer..
120g gula aising
250g tepung gndum } diayak bersama
130g tepung jagung }
60g serbuk badam
40g nestum - dikisar
1camca teh esen vanilla
kuning telur - utk lekatkan gula hiasan
gula hiasan secukupnya

utk cara membuatnya pula :

putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam dan nestum. uli hingga jadi doh..


canai 1/2 cm tebalnya dan terap guna acuan kegemaran.. alih dalam dulang pembakar.. buat hingga siap.. sapu kuning telur & tabur gula hiasan..


bakar dalam oven yg telah dipanaskan pd suhu 175 C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.. biarkan suam sekejap atas dulang pembakar.. alih atas jaringan dan bila dh betul2 sejuk simpan dalam bekas kedap udara..


selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan